Skip to product information
1 of 9

Iman Publication

Keluarga Yang Setia Menyayangi Dalam Al-Quran by Syaari Ab Rahman

Keluarga Yang Setia Menyayangi Dalam Al-Quran by Syaari Ab Rahman

Regular price RM35.00 MYR
Regular price Sale price RM35.00 MYR
Sale Sold out

Penulis: Syaari Ab Rahman
Penerbit: Iman Publication
Tahun Terbitan: 2021
Bahasa: Bahasa Melayu
ISBN: 9789672459217
Mukasurat: 275 m/s
Format: Paperback
Harga: RM35

Keluarga yang bahagia bukanlah keluarga yang tiada masalah. Bahagia bukanlah bererti tiada anak yang tidak mendengar kata. Ia hadir apabila ibu bapa tidak putus asa dan terus mendidik, seperti Nabi Nuh AS dengan anaknya.

Bahagia bukanlah bermakna tiada konflik antara suami dengan isteri. Ia datang ketika
pasangan itu berusaha bersama-sama mengatasi masalah dengan penuh sabar, umpama Nabi Muhammad SAW dengan para isterinya.

Bahagia bukanlah bermaksud tiada adik-beradik yang menyakitkan hati. Ia muncul saat kita percaya bahawa perubahan memerlukan masa, laksana Nabi Yusuf AS dengan adik- beradiknya.

Melalui buku ini, Ustaz Syaari membawakan asam garam berkeluarga yang dilalui
sendiri oleh watak-watak dalam al-Quran. Hakikatnya, tiada sebuah keluarga yang sempurna di dunia ini. Mengharap sempurna itu memeritkan.

Kerana itu, kita harus memilih untuk terus menyayangi, walau apa jua cabaran yang melanda keluarga kita.

NOTA TAMBAHAN:

Pakej Buku #KeluargaAlQuran ini mengandungi:

  •  1 naskah x Keluarga Yang Setia Menyayangi Dalam Al-Quran
  •  Harga : RM35
  •  Tidak termasuk kos penghantaran
View full details